Kerja sekarang ni…ermm sejak lebih 4 tahun aku mula bekerja sampai sekarang, memang memakan lebih masa aku. Tapi takpe, sekarang, kawan dekat tempat kerja itu adalah kawan di mana2 jua. Ertinya kebanyakkan kawan2 aku, teman lepak, bersuka ria dan sebagainya adalah kawan2 dari lingkungan kerja. Dan aku suka itu. Tak macam masa dulu, masa kerja private. Hidup adalah dari ofis ke rumah, dan dari rumah ke ofis. Patutla dulu aku kurus.
Dulu, jalan kaki hampir 30 minit setiap pagi. Naik tren, sebab naik di stesen paling hujung, di Ampang, so memang dapat duduk. Turun di Maluri, jalan kaki lagi ke stesen bas depan Jusco. Tunggu bus ke Cheras Business Center. Banyak masa abis di situ. Padahal, kalau drive dari Ampang, it takes about 15-20 minutes sahaja. Haha. Dulu aku memang malas dan takut nak drive. Sekarang pun masih.
Balik petang2 tu, memang terus ke rumah. Weekend pun kerja. Separuh hari pada hari Sabtu. Biasanya aku akan melepak sendiri ke KL. Kotaraya atau CM. Saja, jalan2. Lepak di tempat uncle sewa buku cerita di CM tu. Makan McD then tangkap bas balik ke Ampang. Sorang2. Hoho. Tak tau la. Masa tu baru2 grad. Kerja pun sekadar cari pengalaman.
Betul2 kerja yang aku suka, aku dapat lepas balik dari PAC, 1 Mei. Melalui kawan. Haha. But it was fun. Kerja di cinema. Aku jadi admin officer cum customer service officer. Owh, rupanya aku memang suka kerja ngan manusia2 ni. Memang fun, but the working hours was hectic. Masuk kul 12 pm balik kul 12 am! Tapi fun. Dekat dengan rumah jugak. Bleh jalan kaki.
Then, after 3 months di cinema, aku dapat kerja ni. The best aku rasa. Dan aku sangat bersyukur. Rasa macam mimpi. Still, aku tak dapat bayangkan kalau aku masih kerja di cinema. Hoho.
Alhamdulillah.
Sorang kawan pernah kata, bila aku belanja, aku belanja bersungguh-sungguh. Aku makan apa yang aku nak. Aku jawab ngan dia, biarlah, dulu dah susah. Lagipun, kerja teruk2 kan…sekali sekala have fun la sikit.
Dia angguk, diam.
p.s : petang ni nak gi main badminton lagi! suka!