Archive for December, 2008

Salam.

Tak tahu macam mana nak mula. Mungkin dengan maaf. Maaf sebab tak dapat membalas segala yang kau bagi kepada aku sebagaimana yang kau patut terima. Aku suka bersamamu. Mungkin aku sendiri tidak dapat nak memahami hati sendiri. Kau tak menyusahkan, malah amat menyenangkan. Kehadiran kau di sebelahku memberikan rasa gembira. Tidak pernah terbeban. Tapi, terus terang aku katakan, buat masa ini, rasaku kepada kau tidak lebih dari seorang sahabat.

Aku tidak tahu perasaan kau yang sebenarnya, namun aku akui dari gerak geri dan kata-kata kau selama ini, aku sedar yang kau mahukan aku lebih dari seorang sahabat. Aku mohon maaf untuk itu. Aku sendiri tidak pasti kenapa. Sungguh tidak ada sebab yang ketara untuk aku tidak menyayangi kau seperti yang kau deserve. Juga aku faham kau tidak perlu ada sebab untuk kalau kau memilih untuk terus menyayangi aku.

Aku tahu, ada masanya aku melukakan hati kau. Itu semua tidak pernah aku rancang. Itu sememangnya diriku. Memang macam itu. Mungkin dulu kau selalu merajuk disebabkanku. Aku tahu, tapi aku tidak mahu memujuk. Risau kalau kau fikir aku mahu terlalu mengambil berat. Nanti kau akan jadi lebih suka. Teruk. Nanti kau terluka, kerana jelasnya, aku tidak mampu. Tidak mampu untuk membalas apa yang kau rasa dengan rasa yang sama. Rasa yang sepatutnya aku rasa.

Tapi sekarang, aku perhatikan. Kau lebih positif. Kalau kau tidak puas hati, kau diamkan saja. Tak guna kan merajuk dengan aku? Sebab aku tidak ada perasaan. Tidak kuat macam kau.

aishahk

Woho!

Sekejapnya, dah nak akhir tahun dah. Rasa macam baru je masuk tahun baru. Hoho. Tak sedar langsung. Umur dah naik. Muka pun dah tambah garis.

Tapi perangai, mungkin dah matang sikit. Kanak-kanak masih. Manja dan cepat betul sensitif. Sikit-sikit nak terasa. Sikit-sikit nak menangis. Sikit-sikit nak marah orang. Tapi dah boleh kawal dengan lebih baik. Bukan macam dulu. Mungkin. Entahlah.

Sekarang ni kalau rasa nak marah, tahan saja. Selain dari membebel, menulis lah paling best. Tulis apa yang dirasa. Membebel pun menyusahkan orang lain pulak nak kena dengar. Kalau tulis, bukan kita nampak reaksi orang yang baca. Kan? Kalau dia tak suka pun, dia boleh berhenti baca.

Entahlah. Tak tahu apa nak ditulis. Tapi mata sakit betul. Tak boleh nak buka luas-luas. Rasa berangin. Mengantuk dan terlampau penat agaknya. Bersenam dan bersukan dah dekat 2 bulan tak buat. Badan pun rasa lemah saja.

Timbang berat sabtu lepas. Berat aku dalam 51-52 kg je rupanya. Aku fikir masih lagi di kedudukan 56kg. Tapi itu aku timbang di rumah nasriyah. Nas kata timbang itu betul. Kalau betul, maksudnya dalam masa tak sampai 6 bulan ni aku dah hilang 4kg. Apa aku dah buat. Makan masih banyak. Syukur la. Rasa selesa sikit.

Hari tu pergi usha jeans. Ingat nak beli jeans baru. Rupanya saiz 28 pun agak longgar untuk diri ini. Dah lama tak try jeans. Tak beli pun. Try jer. Menyenangkan hati sendiri bila saiz jeans pun dah turun. Nasib la tak beli sebab pergi rumah makcik ari tu, dia bagi sekotak baju2 aku yang lama ada 2 helai jeans zaman aku belajar dulu. Try-try, muat lagi. Hehe. Bolehlah aku pakai balik.

Hmmm.

Mengarut lagi. Tak boleh berfikir. Aku fikir cuti cuti cuti saja. Rasa macam hari Jumaat dan esok hari Sabtu. Tapi still, esok bangun pagi kena datang kerja jugak. InsyaAllah.

Tadi ada polis traffic jaga di simpang nak keluar rumah. Wau. Dah tak boleh ada U turn haram lagi di situ. Kalau pergi awal, mungkin rasa seronok sebab terlepas jam, tapi kalau gerak dari rumah lambat sikit, maka akan terlibat dalam jam lah ye kawan2.

Hmmm. panjang pulak membebel, dari takde apa2 nak ditaip tadi. I just want to write or type. Whatever lah.

:)

Dah 23 hari ni dan esok 24.

aishahk

Menjelang

Don’t really have anything related to the title. But currently I am listening to a nice song, with nice lyrics, Malay song. So much literature. But so jiwang as well. Anyway, I still like it. No, I don’t know the tajuk. Haha.

Life’s getting better. Work, friends, social life are all well. Lovelife. Don’t ask. I’ll tell you if anything significant happens.

Just ended a course, job related one this evening. So tired. The network was slow, or was it my lappie which not very capable in handling all those software? There were many times that I had to just end task. What a frustrating thing. I had to do the same thing over and over again. But, anyway, I manage to get them done. Alhamdulillah.

Okay, I watched Oprah just now. It was about how to look good naked. Nevermind, it was about loving your body, no matter how you look like. Apparently, women [most of them] tend to think bad about their body. The tend to downgrade their body.

So, I decided to love my body. I love my body. My body brings me anywhere all this years. :)

It’s late. Almost 12. I have to sleep. Good night.

p.s : Rindu

aishahk

Terus aku di hatimu.

Pergilah
Semoga aku tidak sedih nanti
Melihat ruangmu akan kosong
Sekosong rasamu padaku

Pergilah
Aku doakan kau yang baik baik saja
Walau aku bimbang dan resah
Pulangmu nanti mungkin dalam rasa yang berbeza

Pergilah
Kau juga yang mahu begitu
Mahu terus jauh atau makin dekat denganku
Aku pun tidak tahu

Pergilah
Aku mungkin hantarmu dengan air mata
Kerana aku masih tertanya
Pulangmu nanti adakah dengan rasa yang sama

Pergilah
Moga mindamu takkan berubah
Masih mahukan aku di sisi
Buat peneman jalan pemberi pandangan

Pergilah
Kerana itu yang kau harus dapat
Setelah kau usahakan sepenuh hati
Mahu baiki kehidupan sendiri

Pergilah
Moga aku terus dalam hatimu
Walau sebenarnya aku tak tahu
Kau mahukan aku tunggu atau berlalu

Pergilah
Moga aku terus dalam hatimu.

p.s : He’s going. Away.

aishahk

Bila rasaku ini rasamu…

Aku memang terlanjur mencintaimu
Dan tak pernah ku sesali itu
Seluruh jiwa telah ku serahkan
Menggenggam janji setiaku

Chorus
Ku mohon jangan jadikan semua ini
Alasan kau menyakitiku
Meskipun cintamu tak hanya untukku
Tapi cobalah sejenak mengerti

Coda
Bila rasaku ini rasamu
Sanggupkah engkau
Menahan sakitnya
Terkhianati cinta yang kau jaga
Coba bayangkan kembali
Betapa hancurnya hati ini kasih
Semua telah terjadi