Archive for January, 2009

aishahk

Cukup sudah

Ini bukanlah entri putus cinta. Saya tak bercinta pun dengan dia. Tapi saya  rapat sangat dengan dia hinggakan tingkahlaku dia yang biasa2 pun menimbulkan rasa tak sedap hati. Ini juga merupakan entry yang terakhir pasal dia.

Rasanya cukupla kan saya membebel pasal dia. Rasa teruk pula. Saya bukan lah jenis yang berdendam. Tapi kalau dah geram tu macam2 saya rasa. Tidak pula saya salurkan dendam tu menjadi satu gerak balas yang akan menyusahkan diri dan orang lain. Ok, mungkin melalui penulisan yang tak seberapa ni, dah ada jiwa2 yang terasa. Tak kisahlah. Tak suka tak payah la baca. Kalau ada yang terasa dan terluka, well, itu semua secara kebetulan. Kebetulan ke? Apa-apalah.

Kalau tak de kejadian yang berlaku, takdelah saya tulis macam ni. Kan. Huhu.

Saya rasa saya dah semakin okay. Tapi tak boleh tipu lah, sedikit sedikit tentu ada jugak rasa sedih. Kawan yang rapat tetiba boleh berlagak macam tak kenal langsung. So, saya buat keputusan, tak mengapa kiranya jika dia tiada dalam hidup saya pun. Kalau hadir pun, hadirlah. Saya tetap terima, tapi untuk jadi macam dulu, mungkin tak. Cuma, satu saya minta. Dia dah halalkan semua yang dia belanjakan untuk saya. Dan dia maafkan segala kesilapan, kesulitan dan kepayahan yang dia hadapi bila bersama dengan saya.

Saya tak minta lebih. Itu saja.  

Lagipun, saya ni bukan siapa siapa untuk minta lebih dari itu. Kan. Minta spend masa sejam dua pun dah ada bermacam alasan. Tak pelah.

aishahk

Membebel

Banyak perkataan bodoh akan ada dalam entry ni. Kalau tak tahan jangan baca.

Oh ye. Nak bebel pasal ni. Pasal pilihanraya baru baru ini.

Ada 2 golongan yang dikenal pasti.

i. yang bodoh

ii. yang lagi bodoh yang ambil kesempatan ke atas kebodohan golongan yang pertama tu.

kesimpulannya, perkara yang bodoh tak kan berlaku kalau orang yang bodoh tak de sikap bodoh dan orang yang lagi bodoh tu takdelah peluang mengambil kesempatan tu. dan golongan yang nak ambil kesempatan tu jugak mungkin lagi bodoh bila mereka menganggap semua orang adalah bodoh. contoh, bagi rasuah kepada orang yang baik. ingat semua orang makan duit ke?

letih la.

harap2 takde benda buruk berlaku di Malaysia ni. Insya Allah.

Mudah untuk dia melupakan semua yang pernah dikongsi. Aku wonder. Tidak ada makna langsung rasanya kehadiran aku dalam hidup dia. Agaknya. Sedih kan? Hakikat memang pahit kadang-kadang. Takpelah. Itu hak dia. Nak lupakan aku. Cuma aku lah yang teruk sikit. Sebab bukan senang untuk aku lupakan dia. Depan mata, tapi jauh gila. Letih.

aishahk

Bukankah sepatutnya begini

Ada orang kata, sayangilah orang yang sayang kita.

Persoalannya, kenapa orang yang kita sayang tak sayang kita?

Faham tak?
Bila kita dah sayangkan orang, jadinya, orang yang kita sayang itulah sepatutnya sayang kita, kan?

Tak faham?

Entah. Aku pun tak faham.

Huh.

Hari Jumaat. Friday blues.

10 more days to go.

aishahk

Coba-Faizal Tahir

Coba kau dengar
coba kau coba
diam bila kucoba
untuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila kuperlu
untuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau rasa

siapa sebenarnya aku pada mu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila mukaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila kuperlu untuk menyatakan
rasa sakit dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendegar
untuk kau melihat ke mata ku…

siapa sebenarnya
aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu

dan bila tiada lagi teman bermain
kau mula mendapatkan aku
itulah aku…

Aku coba cari lirik lagu ni. Tiada dalam google sekalipun. [2 tiga cadangan carian pertama] Jadi, aku taip sambil mendengar. Cobaan aku berjaya. Malah aku rasa aku taip lagi pantas dari aku menulis sekarang ini. Haha. Cumanya, type error tu adalah sepatah dua.

Dah lama tak tengok kawan aku yang seorang itu. Harap saja duduk rumah dekat-dekat. Tapi, jauh di mata, jauh juga di hati. Yang di negeri sebelah tu pula yang kerap aku temu. Jauh tak mengapa, asal menggembirakan. Dari berdekatan tapi menyeksakan. Kan.

Sekarang, aku rasa aku dah okay, alhamdulillah. Sedih, kadang-kadang ada terlintas tapi sekejap je. Cross, but never stay.

Kawan-kawan, terima kasih. Aku hargai kehadiranmu. :)
p.s : sekarang dah tak drive laju sangat. tak nak dicop degil lagi.

aishahk

Life

Sometimes is predictable.
Sometimes it is not.

Sometimes it’s on our side
Sometimes it’s not

Sometimes everything happens to fall into place
Sometimes they tend to fall out anyway

Sometimes miserable
But most of the time valuable and priceless

Sometimes we love it
Sometimes we just don’t get it

Is usually full.
But we seem to think it’s empty

Is not why things happen
It is on how we face things that happened

Sometimes go our way
Sometimes turn us down

Sometimes helpful
Sometimes dreadful

That is life.

my english shucks. kind of. aku letih la. tahu?

aishahk

Nice weekend

Akhirnya aku shopping! Setelah karnival membeli belah berlalu. Akhirnya aku shopping dengan gila gila sekali.

Aku beli 3 pasang baju kurung dan sepasang jeans. Dan sedikit barang2 keperluan diri. [berus gigi, syampu dll] Hoho.

Takdelah gempak mana pun. Tapi still…dah lama tak berbelanja begitu.

Had great time with Nasz and Nana. Thanks guys. Love having you around. :)

aishahk

Aku…

Me : Aku degil eh?
Dia : Agak la
Me : Macam kanak-kanak kan?
Dia : Lebih kurang la…
Me : Kau tak pernah bagitau pun. Aku manja eh?
Dia : Boleh dikatakan begitu la…
Me : Rupanya aku masih sedar diri. Menyusahkan kau tak?
Dia : Nope. Not at all.

Aku ni manja, childish dan sebagainya rupanya. Berpura-pura kuat rupanya selama ini.

Thanks dear for always being around.

aishahk

Dengar Bisikku.

Lagu ini, masa mula-mula dengar, on the way balik Kelate. Cd sani. Masa tu orang lain bawak kete. Dia tetiba terkejut dengar lagu ni ada dalam CD tu. Sebab dia suka lagu tu, so dia ulang-ulang pasang lagu tu. So, aku pun jadi suka.

Aku tanya sani, lagu siapa dan tajuk apakah, tapi Sani kata dia dah lupa. Last2 aku google baris-baris lagu ini yang aku ingat. Keluarlah. Kata google kan. Mesti jumpa punya.

Then. Ni lirik dia. Lagu jiwwo.

Dengar Bisikku - The Rain

Kadang aku berpikir
Dapatkah kita terus coba
Mendayung perahu kita
Menyatukan ingin kita

Sedang selalu saja
Khilaf yang kecil mengusik
Bagai angin berhembus kencang
Goyahkan kaki kita

Genggam tanganku jangan bimbang
Tak usahlah lagi dikenang
Naif diri yang pernah datang
Jadikan pelajaran sayang

Dengar bisikanku oh dinda
Coba lapangkan dada kita
T’rima aku apa adanya
Jujur hati yang kita jaga

Mengapa selalu saja
Khilaf yang kecil mengusik
Bagai ombak yang besar
Goyahkan kaki kita

Bila gundahmu tak menghilang
Hentikan dulu dayung kita
Bila kau ingin lupakan aku
Ku tak tahu apalah daya

Lagu ni menarik. Aku suka.

:)