Haha. (Gelak dulu)
Katakanlah, semalam saya rasa saya angau kepada seseorang. Tetiba hari ini saya kata kat orang lain (lelaki),
“kalau orang yang aku suka, suka aku balik, hidup aku jadi lebih indah”
Agak-agak. Lelaki lain itu. Ingat saya angau kat dia tak?
Janganlah rasa begitu.
Sebab saya senang sekali dengan dia. Masih perlu dia sebagai kawan.
Selalu juga aku berpesan, kepada kawan-kawan
Jangan pernah berhenti berharap
Kecuali,
Bila yang diharapkan itu memang pasti bukan untuk kita
Tapi sekarang,
Entahlah.
HAIH.
Banyak lagi benda dalam dunia ni. Tahu?
Seperti
Kawan-kawan yang setia di sisi
Ibu bapa yang pasti memahami
Burung-burung di tepi tingkap pada waktu pagi
dan kereta yang comel macam jiji.

Bagaimana kalau hati itu boleh dibagi-bagi begitu sahaja. Tentu aku dah dapat bahagian untuk aku. Dari dia.
Tapi hati itu satu keping sahaja. Begitu. Tak boleh dibagi-bagi. Nanti pecah dan luka. Berdarah.
Kenapa bila aku mahu melupakan, perkara akan jadi susah. Kenapa bila mahu melepaskan, makin ia mengerat….
Bagaimana hidup ini kalau tidak ada semua itu? Tentu kosong dan mendatar.
Bersyukurlah masih ada juga yang sayang, walau tidak dilafazkan. Kasih sayang sepatutnya dirasakan tanpa perlu ada lafaz pun. Kan, sepatutnya la…
Selalu kan kita berhadapan dengan situasi yang sama berulang kali, tapi masih lagi kita tak reti nak deal dengan situasi berkenaan. Walaupun kita kerap menasihatkan diri sendiri dan menyedapkan hati bahawa benda itu bukanlah apa-apa.
Oh. kami sedang bincang tentang kahwin kahwin ni, agak agak dalam keadaan berangan la ni.
Kami setuju bahawa kalau anak2 orang kenamaan, memang kenduri kahwin mereka akan jadi majlis ayah bonda mereka.
Kata seorang anak Datuk ni, kenduri kakak dan adik dia, memang dia akan letak “kenduri Datuk dot dot dot” bukan kenduri “echah dan dot dot” di sign board. Yeah, ayah lagi glamer dari pengantin sendiri.
Okay. Dah habis discussion.
Hati, kan bukan mudah nak layan. Kalau difikir, banyak yang salah dari yang betul.
Malas lah. Hadapilah apa yang datang. Dan tengok apa kesudahan. Cara nak hadapi? Yakin boleh jer.
InsyaAllah.
Ingat satu je, setiap yang berlaku itu, ada hikmahnya.
