aishahk

Hati kena kuat

Kerja tidak tunggu kita. Tapi dia akan pilih kita. Kita akan pilih dia. Tapi tak semestinya kita diterima. Hati kena kuat.

Kalau dah kena tegur sikit terus nak melalak, nak lapor sana, sini sampai keluar berita, oh no no. Baru nak jadi cikgu sayang, kalau tak tahan dugaan, macam mana nak berhadapan dengan pelajar-pelajar yang halus mulus cakap pun telus.

Hati kena kuat, nak hadapi tingkah mereka. Hati kena kuat, nak hadapi kesedihan mereka. Hati kena kuat, nak biar diri jangan sampai tergugat dengan semua tu. Hati kena kuat, agar nanti tidaklah kita sama-sama lemah bertangisan.

Hati kena kuat, dan redha. Kan. Tau tak nak kerja pitidi kena timbang berat dan ukur tinggi dulu. Kalau tak lepas kriteria ni, jangan lah tunggu lagi kemungkinan untuk dapat kerja. Tapi biasanya tiada kedengaran pun calon2 bising bahawa diskriminasi dilaksanakan. Tak, itu untuk kepentingan kerja. Supaya tidak membebankan kita dan majikan pada masa hadapan.

Kalau kita fikir, setiap benda yang ditetapkan, ada rasionalnya, kan. Kadang kita nampak dengan jelas, cuma kita saja letakkan blok, untuk kita menafikan kenyataan, kan?

Kenapalah kita mudah untuk menafikan, dan tidak mahu terima teguran orang.Terima dengan positif. Kalau tak puas hati, cuba dengar dan minta penjelasan kenapa begitu begini. Mungkin kita akan faham.

Mungkin mereka sengaja juga tidak mahu kita memahami. Arh. Hidup memang komplikated. Jalan yang indah tak akan terbentang kalau kita tak bersihkan dulu. Bukan?

Hati kena kuat. Perasaan kena teguh. Walau diri hampir luluh, oleh kenyataan, namun hidup mesti terus. Hidup dan masa tidak menunggu kita. Kan? Kita yang rancang. Jadi atau tidak, kita kena hadapi kenyataan.

Mengapa masih lagi berdiri. Jalan siap untuk kita berlari.

BERUSAHALAH!!!



Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply